Rabu, 6 Oktober 2021 | 2:02pm

Tuah pendengar Hot FM menang kereta Myvi

PETALING JAYA: Pendengar bertuah Hot FM, Divagaar a/l Siva dari Klang telah memenangi sebuah kereta Myvi menerusi peraduan Hot  FM Roda & Ringgit. 

Seramai 52 pendengar telah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit yang berlangsung secara digital dan hanya 10 pendengar tersenarai ke peringkat akhir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendengar yang telah menyertai Hot FM Roda & Ringgit.

"Tahniah kepada pendengar terpilih dan berjaya memenangi sebahagian daripada RM10,000 serta pemenang utama Divagaar a/l Siva yang berjaya memenangi  kereta Myvi. 

"Kami berharap  pendengar akan terus menyokong dan mengikuti perkembangan Hot FM selepas ini.  Juga, pastikan anda muat turun aplikasi Audio+ untuk peluang menang hadiah menarik pada kempen akan datang di Hot FM bermula 27 September," katanya. 

Anda yang terlepas untuk menyertai Hot FM Roda & Ringgit, kini boleh menyertai kempen Hot FM Kotak Xiaomi dan berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan menarik daripada Xiaomi Malaysia dan sebahagian daripada RM60,000.

Berita Harian X