Jumaat, 1 Oktober 2021 | 2:50pm
Drama bersiri ini akan disertakan dengan sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta boleh ditonton secara percuma pada bila-bila masa melalui laman www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store melalui pautan berikut: http://bit.ly/iQIYI.

Saksikan Gerak Khas Undercover di TV3 malam ini

PETALING JAYA: Drama aksi Gerak Khas yang digemari ramai kini kembali dengan wajah baharu dan  menampilkan jalan cerita yang lebih terkini serta relevan! 

Selain mengekalkan watak popular lakonan Erra Fazira, Salina Saibi, C Kumaresan, Farid Amirul dan Datuk AC Mizal, nantikan juga penampilan Datuk Aaron Aziz, Datuk Seri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Khalida Balqis dalam Gerak Khas Undercover.

Drama bersiri ini  mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran.  

Antara hidup dan mati! Begitulah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota undercover dalam melaksanakan amanat yang diberikan. 

Gerak Khas Undercover adalah idea asal Syafiq Yusof manakala Datuk Yusof Haslam bertindak sebagai penasihat produksi untuk drama bersiri hebat ini. 

Syafiq juga adalah pengarah drama bersiri ini, bersama dengan C Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin, MS Hakim untuk drama bersiri hebat ini. 

Gerak Khas Undercover memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah.

Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gerak Khas Undercover di TV3, setiap hari Jumaat, 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 dan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama ia disiarkan di seluruh Malaysia.

Drama bersiri ini akan disertakan dengan sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta boleh ditonton secara percuma pada bila-bila masa melalui laman www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store melalui pautan berikut: http://bit.ly/iQIYI.

Berita Harian X