
Petugas SPR di Pusat Mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok diberi taklimat sebelum proses pengundian bermula pada jam 7.30 pagi.

Hujan... Pengundi beratur di bawah bumbung di SK Abang Gesa, Belawai dalam DUN Kuala Rajang.

Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok.

Pengundi duduk di atas bangku ketika beratur di Pusat mengundi Balai Raya Kampung Selantik Ili bagi DUN Balai Ringin.

Bot ekspres yang disediakan bagi membawa pengundi dari bandar untuk ke tempat mengundi masing-masing di Tutus, Rassau, Bungan dan Sungai Pinang dalam kawasan DUN Bawang Assan bergerak pada jam 8 pagi.

Pengundi warga emas yang hadir berkerusi roda di Pusat mengundi Kompleks Sukan Satok bagi DUN Satok.

Pusat pengundian di SK Santubong bagi DUN Pantai Damai dibuka.

Calon GPS DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di SK Santubong untuk mengundi.

Calon GPS DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di SK Santubong untuk mengundi.













Calon GPS DUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, 30, bersama kakaknya, Azizah Jasmi Adenan, 38, tiba di SK Santubong untuk mengundi.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg tiba di Kompleks Sukan Satok untuk mengundi bagi kerusi DUN Satok.

Calon GPS bagi kerusi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dan isteri, Datin Simba Nalang mengundi di SK Abang Aing.

Calon GPS bagi DUN Daro, Safiee Ahmad mengundi di SK Penasu, Daro.

Calon Bebas, Ismawi Muhammad di DUN Muara Tuang mengundi di kampung kelahirannya di Pusat Mengundi Kampung Baru, Kota Samarahan.

Pengundi di DUN Stakan menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Merdang Gayam, Kota Samarahan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra bersama penduduk setempat selepas mengundi di SK Rakyat bagi kerusi DUN Satok.

Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju yang sudah menarik diri sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Krian, mengundi di Sekolah Kebangsaan Nanga Budu.

Calon GPS bagi DUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah mengundi di SK Kampung Teh, Dalat.

Calon Mulu, Datuk Gerawat Gala selesai mengundi di Pa Ukat, Bario.

Calon DAP DUN Padungan yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, selesai mengundi di SMK Kuching High.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri, Datin Fatimah Mohamad Iskandar, tiba di Pusat Mengundi SMK Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib tiba di SMK Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya bagi mengundi di kerusi DUN Pantai Damai.

Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (kanan) dan isteri Datin Sri Enn Ong Siok Ean mengundi di DUN N.14 Batu Kawah di SJKC Chung Hua Sg. Tapang Hilir. - Foto BERNAMA

Petugas SPR membantu warga emas untuk mengundi bagi DUN Satok di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

Anggota polis trafik mengawal lalu lintas di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud mengundi di DUN N.08 Satok di Pusat Mengundi Padang Futsal Kompleks Sukan Satok. - Foto BERNAMA

Pengundi menaiki perahu untuk mengundi di SK Kampung Bungan dalam DUN Bawang Assan.

Ejen parti menunggu di luar pekarangan pusat mengundi di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

Pengundi Saili Sabol, 73, meneliti kertas undi sebelum memangkah ketika mengundi di SJKC Sungai Tapang. - NSTP/Nadim Bokhari

Proses pengundian di SJKC Sungai Tapang. - NSTP/Nadim Bokhari

Gelagat Nikezuandi Idris, 41, yang mengenakan pakaian watak manga atau animasi Jepun popular 'Demon Slayer' di SK Pulau Melayu. - Foto BERNAMA

Petugas SPR membantu warga emas ketika mengundi bagi DUN Satok di Kompleks Sukan Satok, Kuching. - NSTP/Aizuddin Saad

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg bersama pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengibarkan bendera GPS selepas memperoleh kemenangan pada PRN Sarawak ke-12. - NSTP/Aizuddin Saad

Tan Sri Abang Johari Abang Openg menyifatkan kemenangan GPS pada PRN-12 sebagai kemenangan seluruh rakyat. - NSTP/Aizuddin Saad

Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Petra Jaya. - Foto BERNAMA

Tan Sri Abang Johari Tun Openg menandatangani watikah sebagai Ketua Menteri Sarawak di Astana Negeri, Petra Jaya. - Foto BERNAMA

Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. - Foto BERNAMA