Khamis, 14 April 2022 | 1:24pm

6 maut kebakaran kilang kimia di India

BHUBANESHWAR: Sekurang-kurangnya enam maut dalam kebakaran di sebuah kilang kimia di selatan India dan 12 lagi dilaporkan cedera.

Seorang pegawai kerajaan berkata, lebih ramai mangsa dikhuatiri dalam kemalangan kedua itu yang dilapor berlaku dalam minggu ini.

Gambar adegan disediakan pegawai kerajaan menunjukkan kebakaran besar pada hari semalam, dengan sekurang-kurangnya dua mayat terbaring di atas lantai kilang di Andhra Pradesh.

"Ada kemungkinan angka kematian meningkat," kata ketua pentadbiran daerah sekitar Eluru, V Prasanna Venkatesh.

"Pemprosesan kimia sedang dilakukan (dalam unit) dan silinder gas disimpan di sana."

Punca sebenar kebakaran tidak dapat dipastikan dengan jelas serta-merta, namun ia mungkin tercetus apabila silinder pecah atas sebab tertentu, kata Venkatesh, sambil menambah pihak berkuasa sedang menyiasat.

Di negeri barat Gujarat, satu letupan besar di loji kimia membunuh enam orang minggu ini.

Kebakaran maut di kilang, hospital dan kompleks beli-belah perkara biasa di India dan sering dipersalahkan kepada mereka yang melanggar norma keselamatan, serta pemeriksaan lemah oleh pegawai kerajaan. - REUTERS

Berita Harian X