Ahad, 16 Mei 2021 | 11:57pm
Serangan terbaru Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, malam ini. - AFP
Serangan terbaru Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, malam ini. - AFP

AS sekat kenyataan bersama mengenai Asia Barat

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: China kesal dengan Amerika Syarikat (AS) yang mneyekat kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan Israel-Palestin.

China mahu masyarakat antarabangsa berusaha dengan lebih baik bagi menamatkan pertumpahan darah.

"Kami kesal, hanya disebabkan halangan oleh satu negara, Majlis Keselamatan tidak dapat bercakap sebagai satu suara.

Menteri Luar China, Wang Li, mengatakan AS menghalang kenyataan bersama Majlis Keselamatan PBB mengenai pergolakan Israel-Palestin. - Foto AFP
Menteri Luar China, Wang Li, mengatakan AS menghalang kenyataan bersama Majlis Keselamatan PBB mengenai pergolakan Israel-Palestin. - Foto AFP

"Kami mahu AS memikul tanggungjawab," ," kata Menteri Luarnya, Wang Li, dalam sidang online dengan China kini menjadi Presiden majlis itu yang digilir-gilirkan.

AS, sekutu utara Israel, menangguhkan sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB dari minggu lalu dan kurang berminat untuk mengeluarkan kenyataan.

Pentadbiran Presiden Joe Biden mengatakan mereka bekerja di sebalik tabir dan kenyataan bersama Majlis Keselamatan PBB boleh menikam diri.

AS mengatakan Israel berhak mempertahan diri sebagai tindak balas terhadap serangan roket Hamas. - AFP

Berita Harian X