X
Sabtu, 18 April 2020 | 10:41am
UBAT antiviral Remdesivir. - Foto AFP
UBAT antiviral Remdesivir. - Foto AFP

COVID-19: Eksperimen ubat Remdesivir ke atas monyet berkesan

WASHINGTON: Ubat antiviral Remdesivir yang diuji ke atas monyet dalam eksperimen menentangi COVID-19 menunjukkan keberkesanan, kata saintis Amerika Syarikat (AS).

Eksperimen awal dan belum dikaji semula, dikatakan mengikut prosedur pemberian dos dan rawatan yang digunakan ke atas pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital, iaitu kumpulan terbabit dalam percubaan skala besar terhadap manusia.

Eksperimen itu dilakukan ke atas enam monyet yang sengaja dijangkitkan COVID-19 dan enam lagi diberikan ubat yang dibangunkan Gilead Sciences.

Kumpulan yang diberikan ubat itu memperoleh dos intravena pertama selepas 12 jam dijangkiti dengan diberikan dos itu, setiap hari selama enam hari.

Kumpulan saintis itu menetapkan rawatan awal sejurus haiwan itu dijangkiti, sebelum virus berkenaan berada pada tahap puncak paru-parunya.

Hasil eksperimen itu menunjukkan peningkatan ketara 12 jam selepas dos pertama diberikan, menunjukkan trend semakin baik yang berterusan sehingga satu minggu tempoh monyet itu diuji.

Satu daripada enam monyet itu menunjukkan gejala ringan kesukaran bernafas, sementara kumpulan yang diberikan ubat percubaan itu menunjukkan kesukaran bernafas.

Virus yang ditemui di dalam paru-paru rendah, berbanding kumpulan monyet yang langsung tidak diberikan sebarang ubat.

Kumpulan monyet yang diberikan ubat menunjukkan kurang kerosakan paru-paru.

Remdesivir antara ubat pertama yang disebut sebagai rawatan untuk COVID-19 dan ujian klinikal secara rawak kini berada pada peringkat lanjutan.

Kelmarin, laman web berita kesihatan Stat melaporkan ubat itu menunjukkan keberkesanan yang baik di sebuah hospital di Chicago dengan sebahagian pesakit terbabit dalam percubaan rawatan.

Bagaimanapun, remdesivir boleh mengakibatkan pertambahan mutasi virus. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X