Jumaat, 7 Oktober 2022 | 5:34pm
Tentera Russia berjalan di sepanjang jalan di Mariupol ketika tentera Russia memperhebatkan kempen untuk menawan bandar pelabuhan strategik itu. - Foto AFP
Tentera Russia berjalan di sepanjang jalan di Mariupol ketika tentera Russia memperhebatkan kempen untuk menawan bandar pelabuhan strategik itu. - Foto AFP

Ukraine gesa tentera Russia letak senjata

KYIV: Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov hari ini menggesa tentera Russia meletakkan senjata mereka, dengan menjanjikan tentera lawan itu 'hidup dan selamat'.

"Anda boleh menyelamatkan Russia daripada tragedi dan tentera Russia daripada penghinaan," katanya dalam bahasa Russia melalui rakaman video yang ditujukan kepada tentera Russia.

"Kami akan memberikan serta-merta jaminan nyawa, keselamatan dan keadilan bagi semua yang enggan berperang. Dan kami akan memastikan tribunal bagi mereka yang mengeluarkan perintah jenayah.

"Anda sudah ditipu dan dikhianati oleh Kremlin.

"Lebih mudah bagi mereka untuk memberitahu anda mati secara wira dalam pertempuran menentang gerombolan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) khayalan.

"Memang benar negara-negara NATO membekalkan kami senjata. Tetapi askar Ukraine yang memusnahkan anda dengan senjata ini," katanya.

Reznikov berkata, tentera Ukraine tidak menginginkan tanah Russia, berikutan negaranya sudah mempunyai tanah yang cukup.

"Dan kami membawa mereka semua kembali," katanya.

Tentera Ukraine mengetuai serangan balas di selatan dan timur negara itu sejak beberapa minggu lalu, memperoleh kembali sebahagian besar wilayah. - AFP

Berita Harian X