Jumaat, 7 Oktober 2022 | 4:28pm
Armenia dan Azerbaijan mengesahkan komitmen mereka terhadap Piagam PBB dan Deklarasi Alma Ata 1991 dengan kedua-duanya mengiktiraf integriti dan kedaulatan wilayah masing-masing. - Foto AFP
Armenia dan Azerbaijan mengesahkan komitmen mereka terhadap Piagam PBB dan Deklarasi Alma Ata 1991 dengan kedua-duanya mengiktiraf integriti dan kedaulatan wilayah masing-masing. - Foto AFP

Armenia dan Azerbaijan setuju dengan misi awam EU berhubung sempadan

BRUSSELS: Majlis Eropah (EC) hari ini menyatakan Armenia dan Azerbaijan bersetuju dengan misi awam Kesatuan Eropah (EU) berhubung sepanjang sempadan.

Ia susulan peperangan paling teruk antara dua negara bekas Soviet sejak 2020 yang mengorbankan lebih 200 orang hujung bulan lalu.

Katanya, mesyuarat seterusnya suruhanjaya persempadanan semula akan berlangsung di Brussels menjelang akhir bulan ini.

Persetujuan itu dicapai selepas Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev; Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel bertemu di Prague semalam, di luar perhimpunan pertama Komuniti Politik Eropah.

"Armenia dan Azerbaijan mengesahkan komitmen mereka terhadap Piagam PBB dan Deklarasi Alma Ata 1991 dengan kedua-duanya mengiktiraf integriti dan kedaulatan wilayah masing-masing," kata EC dalam kenyataan.

Misi awam Kesatuan Eropah akan bermula bulan ini dengan jangkaan tidak melebihi dua bulan.

"Matlamat misi ini adalah untuk membina keyakinan dan melalui laporannya, menyumbang kepada suruhanjaya sempadan," kata Majlis itu.

Konflik antara Armenia dan Azerbaijan dikaitkan dengan permusuhan selama beberapa dekad ke atas wilayah Nagorno-Karabakh, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan tetapi sehingga 2020 sebahagian besarnya dikawal oleh majoriti penduduk etnik Armenia. - REUTERS

Berita Harian X