Khamis, 6 Oktober 2022 | 8:23pm
Pasukan penyelamat bekerja di bangunan kediaman yang rosak teruk akibat serangan peluru berpandu Russia. - Foto REUTERS
Pasukan penyelamat bekerja di bangunan kediaman yang rosak teruk akibat serangan peluru berpandu Russia. - Foto REUTERS

Wanita maut dalam serangan peluru berpandu Russia di Zaporizhzhia

KYIV: Sekurang-kurangnya seorang wanita maut, manakala ramai lagi terperangkap apabila pangsapuri lima tingkat di Zaporizhzhia, selatan Ukraine musnah dibedil roket Russia, kata gabenor wilayah itu, hari ini.

Anggota bomba bergegas memadamkan kebakaran sejurus serangan semalaman dan lebih banyak letupan didengari pagi tadi, dalam insiden didakwa pegawai tempatan sebagai serangan baharu Russia.

Ketika memaklumkan kepada penduduk, Gabenor Zaporizhzhia, Oleksandr Starukh menerusi aplikasi Telegram, berkata satu lagi serangan peluru berpandu musuh, berlindung di tempat perlindungan.

Beliau kemudian memaklumkan televisyen Ukraine, seorang wanita maut dalam serangan semalaman, namun menjelaskan seorang lagi wanita yang sebelum ini dilaporkan mati, terselamat.

Katanya, 12 mangsa cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, manakala lima lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.

Gambar disiarkan perkhidmatan kecemasan Ukraine menunjukkan timbunan besar runtuhan bangunan kediaman terbabit.

Pangsapuri lima tingkat di Zaporizhzhia, selatan Ukraine musnah dibedil roket Russia. - Foto AFP
Pangsapuri lima tingkat di Zaporizhzhia, selatan Ukraine musnah dibedil roket Russia. - Foto AFP

Serangan peluru berpandu itu menggariskan keupayaan Moscow menyerang bandar Ukraine, walaupun Russia mengalami rintangan ketika peperangan, baru-baru ini.

Russia bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian di Zaporizhzhia, yang berada di bawah kawalan tentera Ukraine, selain Moscow menafikan sengaja menyasarkan orang awam dalam serangan di Ukraine.

Zaporizhzhia adalah antara wilayah Ukraine dikuasai Russia.

Ukraine berkata, pihaknya tidak akan menerima rampasan secara paksa dan haram ke atas wilayahnya, selain Kyiv dan barat menjelaskan, referendum itu adalah undi palsu.

Zaporizhzhia adalah antara wilayah Ukraine dikuasai Russia. - Foto AFP
Zaporizhzhia adalah antara wilayah Ukraine dikuasai Russia. - Foto AFP

Presiden Vladimir Putin mengarahkan Russia merampas kawalan stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia yang terbesar di Eropah dan masih dikendalikan jurutera Ukraine, walaupun sudah ditahan tentera Moscow, ketika awal peperangan.

Stesen janakuasa itu terletak berhampiran barisan hadapan, di tebing takungan dikawal Russia manakala tentera Ukraine di tebing bertentangan.

Kedua-dua pihak memberi amaran mengenai potensi bahaya bencana nuklear, jika loji itu diserang. - REUTERS

Berita Harian X