Rabu, 5 Oktober 2022 | 6:51pm
Vladimir Putin menandatangani perjanjian pada Jumaat lalu dengan pihak berkuasa di wilayah itu berikutan ‘pungutan suara’ yang diadakan pada 23 hingga 27 September. - Foto AP
Vladimir Putin menandatangani perjanjian pada Jumaat lalu dengan pihak berkuasa di wilayah itu berikutan ‘pungutan suara’ yang diadakan pada 23 hingga 27 September. - Foto AP

Putin luluskan perjanjian aneksasi 4 wilayah Ukraine

ANKARA: Presiden Russia, Vladimir Putin hari ini meluluskan perjanjian mengenai 'penerimaan' wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke dalam Persekutuan Russia.

Beliau juga menandatangani undang-undang perlembagaan persekutuan mengenai kemasukan empat wilayah itu ke dalam Russia, lapor Agensi Anadolu.

Semalam, Parlimen Russia telah meratifikasi perjanjian mengenai pengilhakan wilayah Ukraine.

Putin menandatangani perjanjian dengan pihak berkuasa di wilayah itu Jumaat lalu berikutan 'pungutan suara' yang diadakan pada 23 hingga 27 September.

Undian dibuat lebih tujuh bulan selepas konflik Russia-Ukraine bermula pada 24 Februari.

'Referendum' berkenaan menerima kecaman masyarakat antarabangsa, dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menggelarnya sebagai 'palsu' dan menegaskan mereka tidak akan mengiktiraf usaha itu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata keputusan Putin untuk menggabungkan empat wilayah itu sebagai tidak sah. - BERNAMA

Berita Harian X