Rabu, 23 Disember 2020 | 7:39am
Pemandu lori dan kereta penumpang berunding dengan pegawai polis Britain di pelabuhan Dover di Kent, selatan England selepas Perancis menutup sempadannya. - Foto AFP
Pemandu lori dan kereta penumpang berunding dengan pegawai polis Britain di pelabuhan Dover di Kent, selatan England selepas Perancis menutup sempadannya. - Foto AFP

Lebih 40 negara gantung perjalanan dari Britain

PARIS: Lebih 40 negara menggantung perjalanan dari Britain bagi mengekang penularan pantas varian baharu COVID-19.

Antara negara yang berbuat demikian adalah Scotland, yang bertindak menutup sempadannya dengan United Kingdom (UK).

Selain itu, Perancis juga melarang perjalanan dari Britain dalam tempoh 48 jam, merangkumi sesiapa saja yang mengangkut barangan menggunakan pengangkutan udara, air dan kereta api.

Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel, berkata Paris dan London sedang berbincang untuk menjalankan ujian di pelabuhan dalam usaha membuka semula sempadannya.

Jerman pun melanjutkan larangan terhadap semua ketibaan dari UK dan Afrika Selatan sehingga 6 Januari, berikutan kewujudan varian baharu COVID-19 di negara berkenaan.

Sepanyol dan Portugal dilaporkan menggantung penerbangan, namun Madrid membenarkan warga atau penduduknya memasuki negara itu dari Britain manakala

India pula menggantung semua penerbangan sehingga 31 Disember.

Sesiapa yang tiba atau transit dari Britain akan diuji terlebih dulu, sekali gus meletakkan Mumbai terutamanya dalam perintah berkurung kerana kerisauan susulan penularan varian baharu dari Britain.

Poland yang memilik jumlah besar komuniti ekspatriat di Britain, turut melarang semua penerbangan dari UK.

Negara bekas jajahan British itu melarang semua penerbangan membabitkan pesawat UK dan melanjutkan perintah kuarantin terhadap penumpang yang tiba dari negara itu, bermula ada dua minggu lalu.

Penumpang pesawat dari Britain dilarang sehingga 1 Januari selepas satu kes varian baharu direkodkan di Poland.

Kelmarin, penerbangan dari Britain dilarang sekurang-kurangnya selama 48 jam.

Itali tidak terkecuali melarang penerbangan dari Britain selain tidak membenarkan kemasukan individu yang tinggal di negara berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Varian terbaru itu ditemui pada atas seorang individu yang sebelum ini, pulang dari UK.

Russia dan Finland turut mengambil pendekatan sama seperti negara lain, dengan menggantung penerbangan dari Britain selama seminggu.

Switzerland juga menggantung penerbangan dari negara terbabit sehingga notis lanjutkan dikeluarkan, membabitkan sesiapa yang tiba dari Britain atau Afrika Selatan diperintahkan untuk menjalani kuarantin.

Estonia, Latvia dan Lithuania termasuk Belgium serta Luxembourgh antara negara Baltik yang melarang pesawat Britain.

Sementara di Balkans, Croatia, Macedonia, Albania dan Bulgaria menggantung penerbangan sama sehingga 31 Januari.

Romania melarang kesemua penerbangan dua hala dari UK selama dua minggu, manakala Republik Czech, Norway dan Denmark pula hanya 48 jam, selepas Denmark merekodkan sembilan kes varian COVID-19 baharu di negaranya.

Langkah sama turut diambil Kanada yang bertindak melarang kesemua penerbangan UK selama 72 jam, apabila mereka yang tiba di negara itu dikehendaki menjalani ujian saringan.

Turki bukan saja menggantung penerbangan dari Britain, malah negara itu mengenakan sekatan sama membabitkan Denmark, Belanda dan Afrika Selatan.

Negara Asia Barat seperti Arab Saudi dan Oman mengumumkan penutupan keseluruhan sempadan masing-masing sekurang-kurangnya seminggu.

Israel juga melarang kemasukan warga asing yang mengembara dari Britain, Denmark dan Afrika Selatan sementara Jordan melarang penerbangan UK selama dua minggu, sama seperti Iran.

Kuwait menyenaraikan Britain sebagai negara berisiko tinggi dan melarang penerbangan dari negara terbabit.

Maghribi, Algeria dan Tunisia menyaksikan negara berkenaan melarang penerbangan dari Britain. Algeria memutuskan untuk menghentikan usaha menghantar pulang warganya.

Satu lagi negara bekas jajahan British, Mauritius turut sama melarang perjalanan dari UK dan Afrika Selatan.

Sesiapa yang pernah berkunjung ke Britain dan Afrika Selatan dalam tempoh 30 hari lalu, dilarang memasuki El Salvador.

Pendekatan Peru lebih drastik apabila melarang kesemua penerbangan dari Eropah dan mana-mana warga asing yang pernah ke Britain dalam tempoh dua minggu lalu.

Negara Amerika Latin seperti Chile dan Argentina mengambil langkah waspada dengan melarang penerbangan dari UK dan melarang sesiapa tanpa permit penduduk negara itu yang pernah ke Britain pada dua minggu lalu. - AFP

Berita Harian X