Jumaat, 7 Februari 2020 | 2:58pm

Pesawat penumpang hampir terkena serangan pertahanan udara Syria - Russia

MOSCOW: Sebuah pesawat Airbus A320 yang membawa 172 penumpang, terpaksa melakukan pendaratan cemas di pangkalan udara Khmeimim yang dikawal Russia selepas hampir terkena serangan pertahanan udara Syria.

Demikian dilaporkan agensi berita Russia, RIA, pada Jumaat dengan memetik jurucakap Kementerian Pertahanan Russia.

Pasukan pertahanan udara Syria dilaporkan menangkis serangan Israel berhampiran Damsyik, kata RIA.

Menurut jurucakap itu, selepas jam 2 pagi, empat jet pejuang F-16 milik Israel melancarkan peluru berpandu ke pinggir bandar Damsyik tanpa memasuki ruang udara Syria, lapor RIA. - REUTERS

Berita Harian X