Selasa, 11 Jun 2019 | 2:50pm
RAMAI pelarian dan pendatang yang meninggal dunia tahun ini ketika cuba merentas Laut Mediterranean.
RAMAI pelarian dan pendatang yang meninggal dunia tahun ini ketika cuba merentas Laut Mediterranean.

6 maut, bot pendatang karam di Greece

ATHENS: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila sebuah bot membawa pendatang karam dekat pulau Lesbos, Greek, kata pengawal pantai.

Menurut pengawal pantai dengan bantuan bot peronda sempadan Kesatuan Eropah (EU), seramai 57 orang berjaya diselamatkan.

Ramai pelarian dan pendatang yang meninggal dunia tahun ini ketika cuba merentas Laut Mediterranean.

Greece menempatkan kira-kira 70,000 pelarian Syria dan pendatang yang melarikan diri daripada negara asal sejak 2015. - AFP

Berita Harian X