X
Rabu, 13 Februari 2019 | 8:00am
Pengawal kehormat menaikkan bendera NATO bersebelahan bendera Macedonia di hadapan bangunan kerajaan di Skopje, bekas Republik Macedonia, Yugoslavia. Macedonia kini dikenali Macedonia Utara hasil persetujuan dengan Greece sekali gus penerimaan kemasukan negara itu ke dalam NATO dan EU. -Foto EPA

Perdana Menteri Macedonia, Zoran Zaev berucap ketika upacara rasmi menaikkan bendera NATO di hadapan Bangunan Kerajaan Macedonia di Skopje, semalam. -Foto AFP
Perdana Menteri Macedonia, Zoran Zaev berucap ketika upacara rasmi menaikkan bendera NATO di hadapan Bangunan Kerajaan Macedonia di Skopje, semalam. -Foto AFP
Pekerja membersihkan papan tanda di sempadan antara Macedonia dan Greece berhampiran Gevgelija, kelmarin. -Foto Reuters
Pekerja membersihkan papan tanda di sempadan antara Macedonia dan Greece berhampiran Gevgelija, kelmarin. -Foto Reuters

Macedonia Balkan kini dikenali 'Macedonia Utara'

SKOPJE: Perjanjian antara bandar ini dan Athens untuk menamakan semula Macedonia sebagai Macedonia Utara berkuat kuasa semalam selepas pindaan perlembagaan diterbitkan dalam Warta Rasmi, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

“Syarat untuk kemasukan pindaan Perlembagaan Republik Macedonia Utara dipersetujui. Ia berkuat kuasa hari ini, 12 Februari 2019, dengan pengumuman oleh kerajaan dalam Warta Rasmi,” katanya.

Skopje akan memaklumkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai perubahan nama itu beberapa hari lagi, apabila ia digunakan secara meluas di seluruh dunia, menurut jurucakap Kementerian Luar.

Sejak 1991, Athens membantah penggunaan nama Macedonia oleh jirannya itu kerana Greece memiliki sejarah wilayah utara dengan nama yang sama.

Greece menyekat kemasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) sehingga Macedonia mengubah namanya.

Kedua-dua pihak menamatkan pertelingkahan selama 27 tahun apabila mencapai persetujuan pada Jun lalu untuk menambah ‘Utara’ kepada Macedonia. -AFP

Berita Harian X