Khamis, 25 Oktober 2018 | 4:26pm
Trak Coca-Cola melalui pusat bandar Los Angeles, California, AS. - Foto REUTERS
Trak Coca-Cola melalui pusat bandar Los Angeles, California, AS. - Foto REUTERS

Bapa dipenjara bagi anak minum hanya Coca-Cola

LIMOGES: Bapa kepada dua anak lelaki masing-masing berusia tiga dan empat tahun dipenjarakan di Perancis kerana memberi mereka hanya minuman Coca-Cola, kata peguam kanak-kanak berkenaan.

Seorang wakil persatuan French Victims 87, Carole Papon berkata semalam, bapa terbabit yang tidak boleh membaca, menulis atau mengira, tidak menyedari betapa seriusnya situasi terbabit dan membelanjakan kesemua wang kebajikan yang diterimanya membeli alkohol.

“Dalam tempoh beberapa hari selepas pembayaran dibuat, keluarga itu tidak memiliki apa-apa untuk makan. Mereka hanya minum Coca-Cola,” kata Papon.

Bapa terbabit, disifatkan bertindak ganas terhadap isteri dan anaknya, dipenjara selama tiga bulan bermula semalam di sini, bahagian tengah Perancis.

Anak lelaki sulungnya terpaksa mencabut tujuh batang gigi yang rosak teruk manakala yang kedua tidak boleh bertutur. Kedua-duanya dibawa ke rumah kebajikan dan diberi makan daging dan sayur.

“Tiada apa-apa dalam pangsapuri mereka. Tiada peti ais, kanak-kanak tidur di atas tilam tanpa cadar dan tiada mainan. Bapa mereka hanya memberi makan kek dan minum coke,” kata Timbalan Pendakwa Raya Awam, Bruno Robinet. -AFP

Berita Harian X