Khamis, 12 Januari 2023 | 9:51pm
Foto fail Saudi Press Agency
Foto fail Saudi Press Agency

Hujan diramal melanda banyak kawasan di Arab Saudi hingga Ahad ini

JEDDAH: Kebanyakan kawasan di Arab Saudi diramai mengalami hujan lebat dan sederhana hingga Ahad ini, menurut ramalan Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) negara itu.

Dalam laporan terkininya, pusat itu mendedahkan hujan dijangka turun berterusan di sebahagian besar Arab Saudi, mulai hari ini hingga Ahad, lapor Saudi Gazette.

Dalam pada itu, hujan sederhana hingga lebat dijangka melanda kawasan Makkah, Asir, Al-Baha dan Jazan.

Ribut petir turut diramalkan esok (Jumaat) di Makkah, Riyadh dan Wilayah Timur, manakala hujan renyai hingga sederhana di Qassim, Hail, kawasan Sempadan utara, Al-Jouf, Tabuk dan Madinah mulai Jumaat hingga Ahad.

NCM menyatakan, suhu dijangka turun hingga pagi Jumaat di Tabuk, Al-Jouf, kawasan Sempadan Utara, Hail dan kawasan utara Madinah, dengan kemungkinan suhu antara satu hingga lima darjah Selsius.

Pusat tersebut juga menarik perhatian bahawa penduduk Qassim, Riyadh dan kawasan utara Wilayah Timur bakal mengalami cuaca sejuk, dengan suhu di kawasan-kawasan berkenaan berada pada sekitar empat hingga tujuh darjah celsius. - AGENSI

Berita Harian X