Jumaat, 1 Julai 2022 | 8:20pm
Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) melakukan pencarian mangsa tanah runtuh di Manipur, India. - Foto REUTERS
Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) melakukan pencarian mangsa tanah runtuh di Manipur, India. - Foto REUTERS

Kematian tanah runtuh India meningkat kepada 16, 50 hilang

NEW DELHI: Angka kematian akibat tanah runtuh di negeri Manipur di timur laut India meningkat kepada 16 orang dan berpuluh-puluh mangsa hilang.

Tanah runtuh melanda tapak pembinaan kereta api semalam, menimbus berpuluh-puluh orang, termasuk pekerja dan anggota Askar Wataniah.

"Kehilangan nyawa, termasuk anggota tentera kami, amat menyedihkan. Kami masih mempunyai lebih 50 orang hilang untuk ditemui," kata Ketua Menteri Manipur N Biren Singh hari ini.

Bencana itu berlaku berhampiran stesen kereta api Tupul di daerah Noney, sekitar 50 kilometer dari ibu kota Manipur, Imphal.

Lapan lagi mayat ditemui hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 16, menurut laporan di laman web NDTV.

Wilayah Timur Laut India telah menyaksikan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Banjir dan tanah runtuh di negeri Assam telah membunuh kira-kira 140 orang, menurut laporan media India.

Banjir itu telah menjejaskan lebih tiga juta orang di 25 daerah Assam. - BERNAMA

Berita Harian X