Isnin, 4 April 2022 | 12:57pm
China sedang mencuba beberapa calon vaksin mRNA yang dibangunkan dalam negara. - Foto AFP
China sedang mencuba beberapa calon vaksin mRNA yang dibangunkan dalam negara. - Foto AFP

China luluskan vaksin mRNA CanSinoBIO untuk ujian klinikal

BEIJING: Pemaju vaksin China CanSino Biologics (CanSinoBIO) hari ini berkata, calon vaksin COVID-19 keluarannya yang menggunakan teknologi RNA messenger (mRNA) telah diluluskan oleh pengawal selia produk perubatan China untuk memasuki ujian klinikal.

Tidak seperti negara utama lain, China masih belum meluluskan sebarang vaksin mRNA buatan asing seperti yang dihasilkan oleh Amerika-Jerman, Pfizer dan BioNTech.

Dengan kira-kira 88 peratus daripada 1.4 bilion penduduknya telah diberi vaksin, China sedang mencuba beberapa calon vaksin mRNA yang dibangunkan dalam negara, termasuk yang sedang diuji dalam percubaan klinikal fasa tiga yang besar.

CanSinoBIO dalam kenyataan akhbar berkata, kajian sebelum ujian klinikal menunjukkan bahawa calon boleh mendapatkan antibodi peneutral tahap tinggi terhadap pelbagai varian, termasuk Omicron.

Secara berasingan, Kumpulan Farmaseutikal CSPC semalam berkata, calon vaksin mRNA COVID-19 SYS6006 telah diluluskan oleh Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China untuk menjalankan ujian klinikal. - REUTERS

Berita Harian X