Selasa, 4 Januari 2022 | 6:43pm
Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di Makkah. - Foto SPA
Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di Makkah. - Foto SPA

Pusat beli-belah terbesar di Makkah menjelang 2026

Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di tanah suci Makkah, lapor agensi berita Saudi pada Isnin (3 Jan).

JEDDAH: Pegawai di Arab Saudi memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah terbesar di tanah suci Makkah, lapor agensi berita Saudi semalam.

Perjanjian kerjasama bagi pembangunan Massar Mall membabitkan syarikat tempatan, Umm Al-Qura bagi Syarikat Pembangunan dan Binaan, pemilik dan pelaksana projek serta Hamat Holding.

Kerja binaan dijangka selesai pada 2026 dengan jumlah pelaburan bernilai SR2.7 bilion (RM3.01 bilion).

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pegawaai Eksekutif (CEO) Umm Al-Qura bagi Pembangunan dan Binaan, Yasser Abu Atiq dan pengerusi Hamat Holding, Saleh Al-Habib.

Pusat beli-belah itu meliputi tapak seluas 71,000 meter persegi dan akan menyediakan ruang beli-belah seluas lebih 130,000 meter persegi.

Pembangunan itu terletak di pintu masuk bahagian barat Massar, iaitu sebuah projek kebudayaan yang terletak di bahagian barat kota Makkah.

Pusat beli-belah itu menampilkan "banyak peralatan canggih, yang menggambarkan nilai tinggi pelaburan dan keunikan dalam industri hiburan dan membeli-belah di Arab Saudi," menurut kenyataan itu lagi. - AGENSI

Berita Harian X