Sabtu, 20 November 2021 | 6:06pm
Gambar hiasan. - Foto Agensi
Gambar hiasan. - Foto Agensi

Sri Lanka kesan satu lagi sub-keturunan varian Delta COVID-19

COLOMBO: Pegawai kesihatan Sri Lanka menyatakan satu lagi sub-keturunan varian Delta COVID-19 dikesan di negara itu, yang dinamakan sebagai B.1.617.2.104.

Penemuan pertama itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Imunologi dan Perubatan Molekul di Universiti Sri Jayewardenepura, Dr Chandima Jeewandara.

Beliau memberitahu media bahawa varian baharu itu adalah tambahan kepada sub-keturunan B.1.617.2.28 Delta, yang dikesan di negara itu pada awal September lalu.

Setakat ini, dua sub-keturunan varian Delta itu disahkan berasal dari Sri Lanka.

Sri Lanka sehingga kini mencatatkan 554,459 pesakit positif COVID-19 sejak Mac tahun lalu dan merekodkan 14,072 kematian.

Pada peringkat global, coronavirus yang mula dikesan pada Disember 2019 itu sudah menjangkiti 256,965,300 mangsa dan mengorbankan 5,155,590 nyawa di 222 negara dan wilayah. - AGENSI

Berita Harian X