Jumaat, 24 September 2021 | 6:36pm
China menghantar jet pejuang berdekatan Taiwan disebabkan tidak berpuas hati susulan Taipei berhasrat untuk menyertai perjanjian perdagangan serantau. - Foto AGENSI
China menghantar jet pejuang berdekatan Taiwan disebabkan tidak berpuas hati susulan Taipei berhasrat untuk menyertai perjanjian perdagangan serantau. - Foto AGENSI

Berang Taiwan mahu sertai CPTTP, China hantar jet pejuang

TAIPEI: China menghantar dua pesawat berdekatan Taiwan semalam, disebabkan tidak berpuas hati susulan Taipei berhasrat untuk menyertai perjanjian perdagangan serantau.

Sebanyak 24 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) terbang ke zon pengenalan pertahan udara Taiwan, kata Kementerian Pertahanannya dalam dua kenyataan berasingan.

Ia mencatatkan jumlah pesawat terbesar yang memasuki ruang udara Taiwan dalam masa sehari selepas insiden Jun lalu ketika China menghantar 28 pesawat dalam serangan terbesar pada tahun ini.

Pesawat itu muncul sehari selepas Taiwan mengumumkan negara itu mahu menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang turut disertai 11 negara dunia.

China turut memohon untuk menyertainya pada minggu lalu.

Pada masa lalu, Beijing melakukan serangan besar-besaran untuk menunjukkan kemarahannya kepada Taiwan kerana mencabar tuntutan China terhadap kedaulatan demokrasi pulau itu.

Perselisihan itu tidak terbatas kepada taktikal ketenteraan, dengan Beijing dan Taipei turut bermusuhan disebabkan percubaan untuk menyertai CPTPP.

"Kami dengan tegas menentang sebarang hubungan rasmi di antara Taiwan dan negara lain serta dengan tegas menentang penyertaan Taiwan ke dalam perjanjian dan organisasi yang bersifat rasmi," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Beijing, Zhao Lijian dalam sesi taklimat semalam.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri Taipei ketika memberi komen berhubung kenyataan China berkata, negara berkenaan tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang pandangan berhubung permohonan Taiwan menyertai CPTPP.

Beliau turut menegaskan, China tidak mewakili rakyat Taiwan dalam hubungan di peringkat antarabangsa. - BLOOMBERG

Berita Harian X