Khamis, 26 Ogos 2021 | 4:55pm
Arab Saudi baru-baru ini membenarkan warga asing yang sudah lengkap divaksinasi mengerjakan ibadah umrah selepas hampir 18 bulan menutup pintu sempadannya. - Foto AFP
Arab Saudi baru-baru ini membenarkan warga asing yang sudah lengkap divaksinasi mengerjakan ibadah umrah selepas hampir 18 bulan menutup pintu sempadannya. - Foto AFP

Arab Saudi tarik balik larangan kemasukan warga 20 negara

JEDDAH: Arab Saudi menarik balik larangan kemasukan ekspatriat dari 20 negara.

Agensi mengenai hal ehwal konsular di bawah Kementerian Luar negara itu Selasa lalu berkata, ia akan membenarkan kemasukan ekspatriat yang sudah divaksin sepenuhnya sebelum meninggalkan negara asal.

Warga asing yang kembali ke negara itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan Covid-19, menurut agensi berkenaan.

Sebelum ini, Arab Saudi mengenakan larangan kemasukan berkenaan selepas penularan varian baharu yang dikesan di United Kingdom (UK), Afrika Selatan dan Brazil.

Ia juga mengambil kita bahawa program vaksinasi di seluruh dunia dikatakan mungkin kurang berkesan dalam menangani varian berkenaan.

Larangan itu sebelum ini membabitkan Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Lubnan, Amerika Syarikat, UK, Jerman, Perancis, Itali, Ireland, Portugal, Switzerland, Sweden, Brazil, Argentina, Afrika Selatan India, Indonesia, Pakistan dan Jepun.

Ia juga meliputi pengembara yang transit di mana-mana daripada 20 negara berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum mengunjungi Arab Saudi. - AGENSI

Berita Harian X