Sabtu, 3 Julai 2021 | 7:32pm

Arab Saudi gantung kemasukan penduduk UAE, Habsyah dan Vietnam

JEDDAH: Arab Saudi menggantung kemasukan penduduk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Habsyah dan Vietnam susulan penularan COVID-19 dan variannya di negara berkenaan.

Bagaimanapun, penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk mengunjungi negara terbabit hanya selepas menerima permit daripada kerajaan, lapor Sputnik yang memetik Saudi Press Agency (SPA).

Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai lewat hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penularan pandemik COVID-19 pada 11 Mac 2020.

Setakat ini, lebih 183.01 juta orang sudah dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia dengan lebih 3.96 juta kematian, menurut Universiti John Hopkins.

Arab Saudi, setakat ini, mengesahkan lebih 490,000 kes COVID-19 di negara itu dengan 7,800 kematian. - BERNAMA

Berita Harian X