Sabtu, 15 Mei 2021 | 10:59pm
Menara Jala dibom dalam serangan udara tentera Israel di bandar Gaza yang dikawal oleh pergerakan Hamas the Palestinian Hamas movement, on May 15, 2021. Tingkat 13 bangunan itu menempatkan biro stesen televisyen Al-Jazeera dan agensi berita Associated Press. - Foto AFP

Asap hitam di atas bangunan yang dibedil Israel di bandar Gaza, hari ini, manakala kiri menunjukkan roket dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel. - Foto AFP
Asap hitam di atas bangunan yang dibedil Israel di bandar Gaza, hari ini, manakala kiri menunjukkan roket dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel. - Foto AFP

Kami tidak akan membisu - Al Jazeera

DOHA: Al Jazeera tidak akan tunduk terhadap tekanan, selepas serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza yang memusnahkan bangunan pejabat agensi berita berkenaan dan The Associated Press (AP).

Ketua Biro Al Jazeera Baitulmaqdis, Walid al-Omari, berkata dalang di sebalik perang yang semakin meruncing di Gaza ketika ini, bukan sekadar ingin menyebabkan kemusnahan dan kematian di wilayah bergolak itu, sebaliknya turut bertujuan menyekat operasi media.

"Mereka nak 'diamkan' media yang menjadi saksi, merekodkan dan melaporkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku di Gaza. Tetapi ini tidak mungkin berlaku. Ini ialah antara siri jenayah yang didalangi tentera Israel di Semenanjung Gaza," katanya menerusi siaran langsung, selepas bangunan 13 tingkat, Menara Jala di Gaza dimusnahkan.

Rakaman disiarkan Al Jazeera itu menunjukkan bangunan berkenaan menyembah bumi, selepas bedilan udara yang dilancarkan Israel, sekali gus menyaksikan kepulan habuk dan sisa runtuhan memenuhi persekitaran.

Pemilik Menara Jala, Jawad Mehdi, mendedahkan pegawai perisikan Israel sebelum itu memberi amaran kepadanya untuk memastikan bangunan terbabit dikosongkan, sejam sebelum serangan udara dilancarkan.

Wartawan Al Jazeera di Gaza, Safwat al-Kahlout, yang meluahkan kekecewaan berhubung serangan udara terbabit menerusi Twitter berkata, bangunan berkenaan menyimpan pelbagai kenangan sepanjang beliau berkhidmat di wilayah bergolak itu.

Israel mendakwa jet tempur negara berkenaan membedil sebuah bangunan yang menjadi 'sarang' menyimpan aset ketenteraan, milik pasukan risikan pejuang Hamas.

"Bangunan itu juga menempatkan cawangan media awam yang digunakan oleh Hamas sebagai pelindung mereka," katanya.

Berdasarkan perangkaan pegawai kesihatan rasmi, serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza, sejak 10 Mei lalu mengorbankan 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan menyebabkan lebih 1,000 lagi tercedera.

Kepulan asap muncul selepas Menara Jala runtuh akibat serangan udara Israel di bandar Gaza yang dikawal oleh pergerakan Hamas, hari ini. - Foto AFP
Kepulan asap muncul selepas Menara Jala runtuh akibat serangan udara Israel di bandar Gaza yang dikawal oleh pergerakan Hamas, hari ini. - Foto AFP

Sementara itu, di Washington, AP terkejut dan takut dengan serangan Israel yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita berkenaan.

"Ini perkembangan yang membimbangkan. Petugas kami hampir maut," kata Presiden AP dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gary Pruitt.

"Selepas ini, dunia hanya mengetahui sedikit perkembangan di Gaza berikutan serangan hari ini," katanya.

Rumah Putih pula mengingatkan Israel kepentingan melindungi keselamatan media yang bebas.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki menulis di Twitter, "Kami sudah berhubung terus dengan pihak Israel bahawa memastikan keselamatan wartawan dan media bebas tanggungjawab paling utama". - AFP

Asap hitam di atas bangunan yang dibedil Israel di bandar Gaza, hari ini, manakala kiri menunjukkan roket dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel. - Foto AFP
Asap hitam di atas bangunan yang dibedil Israel di bandar Gaza, hari ini, manakala kiri menunjukkan roket dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel. - Foto AFP

Berita Harian X