Rabu, 21 April 2021 | 6:40pm
Perintah darurat ketiga mungkin dikuatkuasakan di Tokyo ekoran peningkatan kes COVID-19. - Foto EPA
Perintah darurat ketiga mungkin dikuatkuasakan di Tokyo ekoran peningkatan kes COVID-19. - Foto EPA

Darurat mungkin sekali lagi diisytihar di Tokyo, Osaka, Hyogo

TOKYO: Kerajaan Jepun bercadang untuk menguatkuasakan sekali lagi perintah darurat di Tokyo, Osaka dan Hyogo bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia selepas pihak berkuasa di Osaka meminta Perdana Menteri, Yoshihide Suga, mengumumkan perintah berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan Tokyo juga sudah berhasrat untuk membuat permintaan sama kepada kerajaan dalam beberapa hari lagi, menurut agensi berita Kyodo.

Ia akan menyaksikan perintah darurat ketiga dikuatkuasakan sejak penularan pandemik COVID-19 di negara itu, sejak awal tahun lalu, dan tiga bulan sebelum perasmian Olimpik Tokyo.

Bagaimanapun, Suga dilaporkan berkata, perintah itu tidak akan menjejaskan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, dan kerajaan akan memastikan temasya itu berlangsung dalam suasana yang selamat. - BERNAMA

Berita Harian X