Rabu, 3 Februari 2021 | 9:57am
Penduduk Arab Saudi mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di Riyadh. - Foto AFP
Penduduk Arab Saudi mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di Riyadh. - Foto AFP

COVID-19: Arab Saudi gantung kemasukan dari 20 negara

RIYADH: Arab Saudi menggantung kemasukan pelawat dari 20 negara, sebagai langlah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Agensi berita Anadolu melaporkan, warga negara itu, diplomat, petugas kesihatan dan ahli keluarga mereka dikecualikan daripada arahan terbaru itu.

Sumber Kementerian Dalam Negeri mengatakan peraturan berkenaan berkuat kuasa 9 malam ini.

Negara yang terbabit ialah Argentina, Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Amerika Syarikat, Indonesia, Itali, Pakistan, United Kingdom, Turki, Sweden, Perancis, Lubnan, Mesir, India, Jepun, Ireland, Brazil, Portugal, Switzerland dan Afrika Selatan.

Arab Saudi mencatat 310 kes baharu COVID-19 dan empat kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadi 368,639 kes keseluruhan dan 6,383 kematian. – BERNAMA

Berita Harian X