Rabu, 25 November 2020 | 1:50pm
(Gambar fail) Israel meletakkan dron sistem pertahanan udara di Bukit Golan di sempadan Israel-Syria. - Foto EPA
(Gambar fail) Israel meletakkan dron sistem pertahanan udara di Bukit Golan di sempadan Israel-Syria. - Foto EPA

Israel bedil kedudukan tentera Syria

DAMASCUS: Israel membedil penempatan tentera di selatan ibu kota Damsyik malam kelmarin, menyebabkan kerosakan, lapor agensi berita Xinhua.

Israel melancarkan serangan peluru berpandu dari Bukit Golan yang diceroboh rejim itu, lapor agensi berita negara SANA, memetik sumber ketenteraan.

Sasaran sebenar serangan tidak didedahkan.

Ia serangan terkini di antara beberapa siri serangan yang menyasarkan penempatan tentera di Syria, termasuk pasukan sokongan terdiri tentera Iran.

Pada 18 November, Israel melepaskan peluru berpandu ke sasaran di selatan Damsyik, menyebabkan kerosakan dan kematian dalam kalangan tentera Iran dan Syria.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Israel telah melakukan ratusan serangan udara terhadap kedudukan tentera Iran di Syria, serta konvoi yang mengangkut senjata untuk Hizbullah, sebuah militia Lubnan yang didakwa disokong Iran.

Israel melihat Iran sebagai musuh utamanya dan tidak akan membenarkan Tehran mendirikan kubu tetap di Syria.

Israel dan Syria mempunyai sempadan di sepanjang Bukit Golan, yang dirampas dari Syria oleh rejim zionis itu semasa perang Timur Tengah 1967 dan diceroboh pada 1981. - BERNAMA

ISRAEL MISSILE ATTACK HITS SYRIAN MILITARY TARGETS

DAMASCUS, Nov. 25 (Bernama) -- An Israeli missile attack hit military sites in the southern countryside of the capital Damascus on Tuesday night, causing damage only, reported Xinhua news agency.

Just before midnight, the Israeli missile strike was launched from the Israeli-occupied Golan Heights, reoorted state news agency SANA, citing a military source.

The exact targets of the strike have not been revealed yet.

The strike is the latest one among a series of attacks targeting military sites in Syria, including those of Iranian-backed militias.

On Nov. 18, Israel fired missiles on targets in southern Damascus, causing damage and casualties among Iranian-backed fighters and Syrian soldiers.

In recent years, Israel has carried out hundreds of airstrikes against Iranian-linked targets in Syria, as well as convoys transporting weapons to Hezbollah, a Lebanese militia allegedly backed by Iran.

Israel sees Iran as its arch-enemy and will not allow Iran to establish a permanent base in Syria.

Israel and Syria have a border along the Golan Heights, which the Jewish state seized from Syria during the 1967 Middle East war and annexed in 1981.

--BERNAMA

TAGS: Israel, Syria, missile, strike, Golan Heights, Iran, Hezbollah

Berita Harian X