Jumaat, 1 Mei 2020 | 10:10am
Serangan udara di Syria pada 2019. - Foto SANA
Serangan udara di Syria pada 2019. - Foto SANA

Israel lancarkan roket sasarkan ke selatan Syria

AMMAN: Helikopter Israel melancarkan beberapa roket dari kawasan jajahannya di Bukit Golan yang disasarkan ke selatan Syria.

Sumber memberitahu bahawa peningkatan serangan itu dibuat terhadap kumpulan militan yang disokong Iran.

Sumber puak pembangkang pula memberitahu, beberapa pos militan berhampiran Quneitra disasarkan dalam serangan terbabit dan dilaporkan hanya mengalami kerosakan bahan.

Berikutan serangan itu, tiada langsung maklum balas dari tentera Israel.

Selain itu, kubu dan konvoi diketuai oleh kumpulan Hezbollah yang memiliki kehadiran yang kuat di Bukit Golan, Syria pernah diserang oleh Israel, beberapa tahun lalu.

Pada Isnin lalu, selepas Syria mengumumkan tenteranya memintas serangan udara oleh Israel berhampiran ibu kota Damsyik, Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennet mengeluarkan kenyataan balas.

Bennet berkata kepada media Israel bahawa negara itu akan teruskan kempen menentang kehadiran Iran di Syria.

Beliau juga mengakui bahawa Israel adalah dalang yang membuat serangan udara ke kubu Iran sama seperti apa diperkatakan oleh perisikan barat.

"Kami beralih dari menyekat penguasaan Iran di Syria untuk memaksanya keluar dari sana dan kami tidak akan berhenti.

"Kami tidak akan membenarkan lagi ugutan strategik untuk terus wujud di sempadan kami tanpa apa-apa tindakan. Kami akan terus untuk berjuang sehingga ke wilayah musuh," katanya dalam satu kenyataan.

Kami beralih dari menyekat penguasaan Iran di Syria untuk memaksanya keluar dari sana, dan kami tidak akan berhenti, "kata Bennett dalam satu kenyataan. - Agensi

Berita Harian X