Sabtu, 18 April 2020 | 11:41am
Institut Virologi Wuhan. - Foto AFP
Institut Virologi Wuhan. - Foto AFP

COVID-19: Makmal kajian di Wuhan kembali jadi kontroversi

WUHAN: Makmal biosekuriti tinggi China yang kini menarik perhatian Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menjadi punca penularan wabak COVID-19.

Ini susulan saintis China mengatakan virus itu berpunca daripada haiwan yang menjangkiti manusia di pasar hidupan liar di Wuhan itu, sebenarnya sudah wujud di makmal terbabit.

Hal itu menyebabkan timbul teori konspirasi bahawa kuman itu sebenarnya daripada makmal terbabit.

AS berusaha membawa dakwaan itu ke mata dunia, dengan Setiausaha Negaranya, Mike Pompeo berkata, pegawainya sedang melakukan siasatan penuh bagaimana virus itu mereka merebak ke seluruh dunia.

Antara yang menjadi persoalan terhadap Institut Virologi Wuhan (IVW) iaitu agensi penyelidikan virologi utama China dan terbesar di Asia, menyimpan lebih 1,500 jenis virus (strain) menurut laman webnya.

Kompleks terbabit mengandungi makmal keselamatan maksimum pertama di Asia bagi mengendalikan patogen Kelas 4 (P4) - virus berbahaya yang menimbulkan risiko tinggi penularan daripada manusia ke manusia seperti ebola.

Makmal bernilai 300 juta yuen (RM185 juta) dibangunkan pada 2015 dan beroperasi pada 2018, dengan pengasas firma bioindustri Perancis, Alain Merieux sebagai perunding pembinaan.

Institut terbabit turut mempunyai makmal kajian P3 yang beroperasi sejak 2012.

Kompleks P4 seluas 3,000 meter persegi terletak di bangunan silinder berdekatan kolam di kaki bukit terpencil wilayah itu.

Ketika AFP membuat tinjauan, tiada sebarang tanda ada aktiviti di dalamnya.

Di luar kompleks itu tertera poster bertulis, ‘Pencegahan dan Pengendalian yang Kuat, Jangan Panik, Dengar Pengumuman Rasmi, Percaya pada Ilmu Saintifik dan Jangan Sebarkan Khabar Angin’.

Semalam, Pompeo berkata, pihak berkuasa China sendiri ketika memulakan siasatan terhadap virus tidak menolak IVW terbabit dan punca virus itu.

“Kita tahu mereka tidak membenarkan saintis luar memasuki makmal biosekuriti itu bagi melihat apa yang dilakukan di dalamnya,” katanya dalam satu temu bual di radio.

Sementara itu, The Washington Post dan Fox News, kedua-duanya memetik kenyataan itu daripada sumber mengenai siapa yang mengetengahkan persoalan tempat virus itu muncul.

Sumber diplomatik AS seperti yang didedahkan The Washington Post mengatakan pegawainya sangat ingin tahu terhadap standard keselamatan yang tidak mencukupi berkaitan dengan pengendalian coronavirus kelawar seperti SARS di makmal keselamatan tinggi.

Fox News pula mengatakan, ‘angka sifar pesakit’ wabak itu mungkin dijangkiti oleh virus kelawar yang sedang dikaji di makmal tanpa disedari merebak ke penempatan penduduk Wuhan.

Pelbagai konspirasi mengenai punca virus itu berlegar-legar di internet.

Semalam, institut berkenaan enggan mengulas, namun pada Februari pihak terbabit mengeluarkan kenyataan bahawa itu khabar angin.

Institut itu dikatakan menerima sampel virus yang tidak diketahui pada 30 Disember lalu bagi menentukan urutan genom virus pada 2 Januari dan menyerahkan maklumat mengenai patogen itu kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Januari.

Jurucakap kementerian luar China, Zhao Lijian semalam menolak dakwaan bahawa makmal itu bertanggungjawab terhadap wabak berkenaan.

“Seseorang yang arif akan memahami bahawa tujuannya untuk menimbulkan kekeliruan, mengalihkan perhatian masyarakat, dan menghindari tanggungjawab mereka," kata Zhao, yang tidak menolak teori konspirasi yang mungkin dilakukan oleh tentera AS untuk membawa virus itu ke China.

Saintis percaya bahawa virus ini berasal dari kelawar sebelum disebarkan kepada manusia melalui spesies perantara terancam tenggiling, yang sisiknya diperdagang secara haram di China untuk perubatan tradisional.

Bagaimanapun kajian oleh sekumpulan saintis China yang diterbitkan di The Lancet pada Januari menunjukkan bahawa pesakit COVID-19 pertama tidak mempunyai kaitan dengan pasar haiwan terkenal Wuhan, dan 13 dari 41 kes pertama yang tidak disahkan.

Penyelidik institusi Shi Zhengli, seorang pakar terkemuka coronavirus kelawar dan timbalan pengarah makmal P4, sebahagian daripada pasukan yang menerbitkan kajian pertama yang menunjukkan bahawa COVID-19 berpunca daripada kelawar.

Dalam temu bual dengan Scientific American, Shi mengatakan urutan genom COVID-19 tidak sepadan dengan coronavirus kelawar yang pernah dikumpul dan dikaji makmalnya sebelum ini.

Penyelidik keselamatan biologi di King's College London, Filippa Lentzos, berkata ketika ini tidak ada bukti untuk ada insiden di makmal dan tiada ada bukti nyata bahawa virus itu berasal dari pasar basah.

"Bagi saya, asal wabak masih pertanyaan yang tiada jawapn," kata Lentzos kepada AFP.

“Beberapa petunjuk menunjukkan ada kemungkinan kemalangan makmal dari penyelidikan saintifik asas.

"Tetapi semua ini memerlukan penyiasatan yang cukup besar bagi siapa pun untuk mengatakan apa-apa dengan pasti mengenai asal usul wabak ini,” katanya.

Profesor edipemiologi jangkitan penyakit berjangkit di London School of Hygiene and Tropical Medicine, David Heymann, berkata tiada bukti terhadap punca, namun dia berkait rapat dengan kelawar.

“Tapi ia "berkait rapat dengan virus kelawar. Ada banyak teori bagaimana manusia boleh dijangkiti, dan saya rasa tidak ada yang dapat dibuktikan pada masa ini,” katanya - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X