Khamis, 16 April 2020 | 12:46pm
Peniaga di pasar basah Wuhan Baishazhou memakai topeng muka menunggu pelanggan masing-masing. Orang ramai masih kuran mengunjungi pasar basah yang dikaitkan dengan punca virus COVID-19. - Foto AFP.
Peniaga di pasar basah Wuhan Baishazhou memakai topeng muka menunggu pelanggan masing-masing. Orang ramai masih kuran mengunjungi pasar basah yang dikaitkan dengan punca virus COVID-19. - Foto AFP.

COVID-19: 'Pasar basah' Wuhan berdepan kesukaran

WUHAN: Papan tanda melarang penjualan haiwan liar dan unggas eksotik hidup di pasar basah di Kota Wuhan, di letakkan di banyak bahagian pasar itu selain pengumuman `kemenangan’ menghadapi pandemik COVID-19 berterusan dimainkan di pembesar suara.

Pasar besar di China, terutama di sini, dikecam pihak antarabangsa ketika wabak coronavirus mula mengancam dunia penghujung tahun lalu, dengan penyakit itu muncul dari gerai yang menjual hidupan eksotik hidup.

Sejak itu pemerintah melarang penjualan haiwan liar untuk makanan, tetapi pembukaan kembali pasar itu mendapat kritikan dari seluruh dunia ketika jumlah kematian akibat wabak itu terus meningkat.

Selepas ditutup sepanjang tempoh perintah berkurung di Wuhan sehingga 8 April lalu, peniaga di pasar itu sar di bandar ini kini sedang berjuang untuk bertahan kerana pelanggan tidak bergegas kembali.

"Pelanggan masih kurang dan tidak datang...kami berdepan masalah besar tahun ini. Tidak pernah ada begitu sedikit orang di pasar kami," kata penjual rempah-rempah Yang, yang menjalankan gerai di pasar borong Baishazhou, kepada AFP.

Satu lagi pasar basah masih ditutup, Pasar Makanan Laut Huanan yang menjual pelbagai jenis haiwan eksotik liar didakwa menjadi pusat virus yang berpindah dari haiwan ke manusia.

Pasar basah adalah tempat popular untuk membeli daging segar, sayur-sayuran dan ikan di seluruh Asia - hasil jualan biasa dan biasa setiap hari kepada penduduk tempatan dengan harga yang berpatutan.

Sebilangan besar tidak menjual haiwan hidup, walaupun ada yang menjual.

Tinjauan di tiga pasar basah Wuhan minggu ini, menyaksikan penyu hidup, katak, ikan dan krustasea dijual, tetapi tidak ada unggas atau mamalia yang dikatakan pembawa coronavirus dijual.

Sementara itu, pekerja di pasar basah Baishazhou berkata, mereka sekarang diminta menyembur cecair nyah kuman di gerai beberapa kali sehari.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X