Isnin, 10 Februari 2020 | 10:45am
Gambar fail, pekerja memakai pakaian keselamatan memeriksa sebuah ladang di wilayah Sichuan. - Foto Reuters
Gambar fail, pekerja memakai pakaian keselamatan memeriksa sebuah ladang di wilayah Sichuan. - Foto Reuters

Selesema burung H5N6 dikesan di ladang ternakan China

BEIJING: Selesema burung H5N6 dikesan di sebuah ladang ternakan di barat daya wilayah Sichuan, menurut Kementerian Pertanian China.

Ia adalah selesema burung H5N6 yang pertama dikesan di ladang ternakan selepas empat kes ditemui pada angsa, tahun ini.

Sebanyak 1,840 daripada 2,497 ternakan mati di ladang berkenaan, manakala bakinya dibunuh, kata kementerian itu pada malam Ahad. - REUTERS

Berita Harian X