Isnin, 18 November 2019 | 7:58am
KEADAAN bank yang musnah dibakar penunjuk perasaan susulan demonstrasi menentang kenaikan harga petrol di Isfahan. - Foto AFP
KEADAAN bank yang musnah dibakar penunjuk perasaan susulan demonstrasi menentang kenaikan harga petrol di Isfahan. - Foto AFP

Iran tidak boleh berada dalam keadaan tidak selamat - Hassan Rouhani

TEHRAN : Presiden Hassan Rouhani memberi amaran bahawa kerajaan tidak boleh membenarkan negara berada dalam keadaan tidak selamat, selepas dilanda kekacauan yang meragut dua nyawa, semalam.

“Rakyat berhak menyuarakan bantahan namun membantah adalah berbeza daripada merusuh. Kita tidak boleh membenarkan negara berada dalam keadaan tidak selamat,” katanya.

Hassan mempertahankan kenaikan harga petrol yang menjadi punca bantahan berkenaan bermula, dan menyifatkan ia sebagai kaedah untuk membantu kerajaan membiayai perbelanjaan kebajikan sosial walaupun berdepan krisis ekonomi.

Kekacauan itu bermula Jumaat lalu, beberapa jam selepas pengumuman mengenai kenaikan harga petrol, kepada 15,000 riyal setiap liter (RM1.48) berbanding 10,000 riyal (99 sen) untuk 60 liter pertama dan 30,000 riyal (RM2.96) bagi setiap tambahan petrol yang dibeli selepas itu setiap bulan.

Ia adalah satu kenaikan yang membebankan sebahagian besar rakyat Iran susulan krisis ekonomi serius bermula Mei tahun lalu, apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menarik diri dari perjanjian nuklear 2015 dan melaksanakan sekatan ke atas negara Islam itu.

Kesan sekatan, nilai riyal menjunam jatuh dengan kadar inflasi melebihi 40 peratus dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan, ekonomi Iran akan menguncup sehingga 9.5 peratus tahun ini serta tidak berubah pada 2020.

Kenaikan harga petrol itu dijangkakan mampu menjana 300 trilion riyal (R

“Bagi tujuan ini, kita perlu menaikkan kadar cukai ke atas rakyat, mengeksport lebih banyak minyak atau mengurangkan subsidi dan memulangkan pendapatan itu kepada rakyat yang memerlukan,” kata Hassan. - AFP

Berita Harian X