Isnin, 1 Julai 2019 | 11:56am
 Israel melancarkan peluru berpandu ke arah Damsyik dan Homs, mengakibatkan empat maut. Foto Agensi
Israel melancarkan peluru berpandu ke arah Damsyik dan Homs, mengakibatkan empat maut. Foto Agensi

4 maut serangan peluru berpandu Israel di Syria

DAMSYIK: Empat orang awam, termasuk seorang kanak-kanak terkorban, manakala 21 lagi cedera dalam serangan peluru berpandu Israel di sini, lewat semalam.

Agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan, peluru berpandu itu menyasar kawasan di sekitar Damsyik dan di wilayah Homs.

“Pertahanan udara kami berdepan peluru berpandu musuh yang dilancarkan daripada pesawat penggempur Israel yang menyasar kedudukan kami di Homs dan kawasan sekitar Damsyik,” kata SANA memetik sumber tentera Syria.

Jurucakap tentera Israel enggan mengulas lanjut berhubung laporan itu ketika dihubungi.

Israel melancarkan ratusan serangan udara di Syria sejak tercetusnya konflik pada 2011, menyasar pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutu rejim Iran serta Hizbullah. - AFP

Berita Harian X