Rabu, 12 Jun 2019 | 1:57pm
Kenderaan tentera Israel di sempadan Syria-Israel di Bukit Golan. - Foto fail AFP
Kenderaan tentera Israel di sempadan Syria-Israel di Bukit Golan. - Foto fail AFP

Tentera udara Syria pintas peluru berpandu Israel

DAMSYIK: Tentera udara Syria menembak jatuh beberapa peluru berpandu Israel yang menyasarkan selatan negara itu awal hari ini, kata agensi berita rasmi, Sana.

Serangan itu dilancarkan pada kira-kira jam 2 pagi (waktu tempatan) menyasarkan sektor Tall al-Hara berhampiran Bukit Golan, menurut Sana.

Tiada kematian mahupun kecederaan dilaporkan.

Sana turut mendakwa Israel melancarkan ‘perang elektronik’ dan ‘mengganggu’ radar Syria.

Israel melancarkan ratusan serangan udara di Syria sejak konflik tercetus pada 2011, menyasarkan tentera yang setia kepada Bashar al-Assad dan sekutu rejim, Iran dan Hezbollah.

Israel berkata, ia bertekad untuk menghalang musuh tradisinya Iran di Syria, manakala Teheran menyokong Assad dalam peperangan sejak lapan tahun lalu yang mengorbankan lebih 370,000 manakala jutaan lagi melarikan diri. - AFP

Berita Harian X