Sabtu, 13 April 2019 | 11:42am

Tentera Syria pintas serangan udara Israel

KAHERAH: Tentera Syria berjaya memintas beberapa serangan roket dari pesawat pejuang Israel yang disasarkan ke kedudukan tenteranya di Hama hari ini, lapor stesen penyiar rasmi Syria.

Menurut sumber tentera, Agensi berita SANA dan penyiar rasmi Syria, pesawat Israel menyasarkan satu daripada kedudukan ketenteraan di bandar Masyaf.

“Peluru berpandu musuh berjaya dipintas dan beberapa lagi ditembak jatuh sebelum terkena sasaran mengakibatkan beberapa bangunan rosak dan tiga pejuang cedera,” tambah SANA.

Sejak perang saudara bermula, Israel melancarkan beberapa serangan ketenteraan di Syria berdasarkan dakwaan berlakunya pemindahan senjata dan penghantaran tentera oleh pasukan Iran dan sekutunya Hezbollah di Lubnan yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad. - Reuters

Berita Harian X