Jumaat, 30 November 2018 | 9:43am
Jet pejuang Israel mengebom beberapa kawasan berhampiran Damsyik serta selatan Syria, kata SOHR semalam. -Foto Agensi
Jet pejuang Israel mengebom beberapa kawasan berhampiran Damsyik serta selatan Syria, kata SOHR semalam. -Foto Agensi

Tentera Syria tembak jatuh jet pejuang Israel: sumber

AMMAN/BAITULMAQDIS: Pasukan pertahanan udara Syria menembak jatuh sebuah pesawat perang Israel dan empat peluru berpandu semalam, kata agensi berita Russia, RIA, memetik sumber keselamatan Damsyik, namun tentera Israel mendakwa laporan itu palsu.

Sumber berkata, peluru berpandu itu disasarkan di bandar Kiswah, selatan ibu kota Damsyik, ditembak sebelum sampai ke sasaran dikatakan sumber pembangkang Syria, kubu kuat Hizbullah, disokong Iran.

Kawasan di mana insiden berlaku adalah hab komunikasi dan logistik Hizbullah untuk selatan Syria berhampiran sempadan Israel, menurut dua sumber perisikan serantau kanan.

Antara sasaran yang terkena adalah dua briged tentera Syria yang turut menempatkan Hizbullah bersama depoh roket hampir ke pangkalannya berhampiran sempadan dengan Lubnan, kata seorang penentang tentera Syria yang berhubung dengan kakitangan tentera.

Tidak seperti kejadian sebelum ini, pihak berkuasa Syria tidak menyalahkan Israel.

Israel bimbang, kehadiran meningkat Iran di Syria memberi ancaman kepada keselamatannya dan menyerang berpuluh kedudukan Iran dan pihak disokong Iran di Syria sepanjang tempoh konflik tujuh tahun.

Terdahulu, jet pejuang Israel mengebom beberapa kawasan berhampiran Damsyik serta selatan Syria, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) semalam.

“Tentera Israel mengebom kedudukan di selatan dan barat daya pinggir Damsyik serta di selatan Syria di sempadan wilayah Quneitra selama sejam,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyatan di Twitter berkata: “Susulan serangan peluru berpandu darat ke udara Syria, pertahanan udara Israel menyaksikan serangan tunggal ke kawasan terbuka di Bukit Golan.

“Ketika ini, tidak dapat dipastikan jika wujud impak dalam wilayah kami. Tentera kami sedang meninjau kawasan itu. Selanjutnya, laporan mengenai serangan ke atas pesawat Israel atau sasaran udara Israel adalah palsu.” -Reuters

Berita Harian X