Rabu, 31 Oktober 2018 | 4:15pm

25 maut helikopter terhempas di Afghanistan

HERAT: Seramai 25 orang maut selepas sebuah helikopter milik tentera Afghanistan dilaporkan terhempas di barat negara ini, hari ini.

Jurucakap gabenor, Nasir Mehri said berkata, pesawat terbabit dipercayai terhempas akibat ‘cuaca buruk’ di daerah Dara Anar yang tertetak di wilayah Farah.

Walau bagaimanapun, militan Taliban mengaku tenteranya menembak jatuh helikopter itu.

Mehri menambah, kedua-dua juruterbang dan semua 23 penumpang terbunuh.

Antara yang terbunuh ialah Komander Pasukan Tentera Barat Afghanistan dan Ketua Majlis Wilayah Farah.

Ahli Majlis Wilayah, Dadullah Qaneh berkata helikopter dipercayai melanggar puncak pergunungan akibat cuaca buruk ketika dalam perjalanan menuju kejiranan terletak di wilayah Herat, dekat sini. -AFP.

Berita Harian X