Isnin, 24 September 2018 | 7:09pm
 Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu.
Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu.

Juruterbang Zionis sengaja sebabkan pesawat Russia ditembak

MOSCOW: Kremlin menuduh juruterbang Israel ‘sengaja’ menembak jatuh pesawat Russia di Syria, minggu lalu sambil memberi amaran bahawa tindakan itu akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

“Menurut maklumat pakar ketenteraan kami, sebab di sebalik tembakan ini adalah tindakan sengaja juruterbang Israel yang pastinya akan menjejaskan hubungan kita,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Kenyataan Peskov itu dilakukan, selepas pengumuman Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu bahawa Moscow akan menghantar sistem pertahanan udara canggih S-300 kepada tentera Syria.

Selain itu, Russia juga akan menyekat sebarang komunikasi segala pesawat tentera yang menyerang Syria dari Mediterranean.

Pada 17 September lalu, sebuah pesawat Russia Il-20 ditembak peluru berpandu pertahanan S-200 Syria, ketika ia sedang mendarat, susulan serangan pesawat F-16 Israel di barat Syria.

Moscow menyalahkan tembakan sendiri itu terhadap juruterbang Israel yang menggunakan pesawat lebih besar Russia sebagai ‘pelindung’. - AFP

Berita Harian X