Selasa, 15 Mei 2018 | 3:44pm
RAKYAT Palestin cedera dalam pertempuran di sempadan Gaza. - Foto EPA
RAKYAT Palestin cedera dalam pertempuran di sempadan Gaza. - Foto EPA

59 maut insiden bantahan di Gaza

BANDAR GAZA: Kira-kira 59 rakyat Palestin maut dalam pertempuran di sempadan Gaza susulan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat membuka kedutaannya di Baitulmaqdis, semalam.

"Sebahagian besar daripada 59 penduduk Gaza yang maut akibat ditembak penembak tepat tentera Israel.

"Mangsa turut membabitkan seorang bayi yang maut akibat terhidu gas pemedih mata, selain lapan kanak-kanak berusia bawah 16 tahun," jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza.

Semalam, rakyat Palestin menyambut hari bencana atau Nakba, bagi memperingati lebih 700,000 warganya yang terpaksa melarikan diri atau dihalau keluar dari wilayah itu sejak 1948, berikutan pembentukan Israel.

Sekurang-kurangnya 2,400 warga Palestin cedera dalam konflik berterusan antara negara itu dan Israel sejak perang meletus di Gaza pada 2014.

Sementara itu, pegawai kanan Hamas, Khalil Al-Hayya, berkata protes berkenaan akan diteruskan hari ini.

"Hamas dan kumpulan militan lain tidak akan berdiam diri atas segala jenayah yang dilakukan sepanjang tempoh pendudukan," katanya.

Di Tebing Barat, Presiden Palestin, Mahmud Abbas melancarkan bantahan besar-besaran hari ini, selepas menuduh Israel melakukan 'pembunuhan'.

Terdahulu, Amerika Syarikat menghalang usaha mendesak Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk melaksanakan siasatan ke atas insiden keganasan di Palestin. - AFP

Berita Harian X