Selasa, 10 April 2018 | 7:02pm
Masazo Nonaka, yang dilahir 112 tahun dan 259 hari yang lalu, menerima sijil Guinness World Records yang menamakannya lelaki tertua di dunia semasa upacara di Ashoro, di pulau utara Hokkaido, Jepun. - Foto REUTERS
Masazo Nonaka, yang dilahir 112 tahun dan 259 hari yang lalu, menerima sijil Guinness World Records yang menamakannya lelaki tertua di dunia semasa upacara di Ashoro, di pulau utara Hokkaido, Jepun. - Foto REUTERS

Warga Jepun diiktiraf lelaki tertua dunia

ASHORO: Seorang lelaki Jepun berusia 112 tahun yang lahir beberapa bulan sebelum Albert Einstein menerbitkan teori berkaitan relativiti khas diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia hari ini.

Masazo Nonaka yang lahir pada 25 Julai 1905, mendapat pengiktirafan itu selepas Francisco Nunez Olivera meninggal dunia tahun ini pada usia 113 tahun, kata Guinness World Records.

Bekerja sebagai petani dan tukang kayu ketika muda, Nonaka kemudian mengendalikan penginapan kolam air panas berhampiran kampungnya di sini di pulau Hokkaid, sejauh 900 kilometer di utara Tokyo dan mempunyai dua anak lelaki dan tiga perempuan.

Nonaka gemar berendam dalam spa dan sukakan manisan, terutama kek span strawberi. Beliau hadir ke satu majlis penyampaian anugerah ditemani ahli keluarga dan pegawai kerajaan.

Rekod lelaki tertua di dunia Guinness World Records dipegang seorang lagi lelaki Jepun, Jiroemon Kimura yang meninggal dunia pada 2013 ketika berusia 116 tahun 54 hari.

Umur tertua manusia di dunia yang disahkan adalah 122 tahun 164 hari milik Jeanne Louise Calment dari Perancis yang meninggal dunia pada 1997. - Reuters

Berita Harian X