Isnin, 28 Ogos 2017 | 8:36pm
Dua maut, manakala 25 lagi dilaporkan hilang dalam insiden tanah runtuh yang meranapkan kira-kira 34 buah rumah di barat daya China, hari ini.
Dua maut, manakala 25 lagi dilaporkan hilang dalam insiden tanah runtuh yang meranapkan kira-kira 34 buah rumah di barat daya China, hari ini.

Dua maut, 25 hilang tanah runtuh di Bijie, China

BEIJING: Dua maut, manakala 25 lagi dilaporkan hilang dalam insiden tanah runtuh yang meranapkan kira-kira 34 buah rumah di barat daya China, hari ini.

Pihak berkuasa bandar memberitahu agensi akhbar rasmi Xinhua, petugas penyelamat menarik enam mangsa keluar dari runtuhan, termasuk dua yang maut di Bijie yang terletak dalam wilayah Guizhou.

Katanya, usaha menyelamat sedang dijalankan dan pihak berkuasa tempatan menghantar khemah, selimut dan katil ke lokasi kejadian.

Video tanah runtuh yang disiarkan dalam akaun Twitter milik People's Daily menunjukkan bahagian bukit yang runtuh serta sampah yang dihanyutkan ke seluruh pinggir bandar menuju ke bandar hingga mencetuskan ketakutan kepada penonton.

Sementara, satu lagi video menunjukkan orang ramai berdiri atas batu besar.

Insiden tanah runtuh sering melanda kawasan di luar bandar dan bahagian pergunungan di China, terutama selepas hujan lebat. - AFP

Berita Harian X