BANGKOK: Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan, terjatuh ke dalam perigi sedalam 13 meter di pedalaman Thailand, kata pihak berkuasa, hari ini.
Pasukan penyelamat menggali perigi itu sepanjang malam untuk menyelamatkan bayi berkenaan.
Bayi itu terjatuh ke dalam perigi selebar 30 sentimeter (sm) di wilayah Tak, berhampiran sempadan Myanmar, ketika sedang bermain, petang semalam.
Pasukan penyelamat menggunakan penggali mekanikal untuk mencapai bayi itu, yang juga anak pekerja asing dari Myanmar.
"Kami hampir menemuinya dan dia masih hidup," kata ketua polis Phop Phra, Ratsaran Ketsoising kepada AFP.
Imej video dari tempat kejadian menunjukkan pasukan penyelamat sedang bekerja di kawasan tanah merah yang dalam, dengan ambulans yang bersedia di lokasi. - AFP