YANGON: Myanmar melanjutkan langkah pencegahan COVID-19 sehingga 31 Disember, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Pencegahan, Kawalan dan Rawatan COVID-19 semalam.
Menurut jawatankuasa berkenaan, tempoh lanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang akan tamat tempoh pada 30 November, lapor Xinhua.
Langkah lanjutan itu meliputi semua perintah, pengumuman, arahan yang dikeluarkan sebelum ini oleh organisasi kerajaan dan kementerian masing-masing untuk membendung wabak itu, menurut kenyataan itu.
Sehingga semalam, Myanmar merekodkan 633,217 jangkitan COVID-19 termasuk 19,488 kematian manakala 607,725 pesakit kembali pulih, menurut data kementerian kesihatan.
- BERNAMA