Isnin, 7 Februari 2022 | 4:43pm
Tentera Myanmar merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih oleh Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi pada Februari tahun lalu. - Foto AFP
Tentera Myanmar merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih oleh Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi pada Februari tahun lalu. - Foto AFP

Utusan ASEAN boleh bertemu anggota parti Suu Kyi - Menteri Kemboja

BANGKOK: Pemimpin tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, bersetuju untuk mengatur utusan khas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dari Kemboja untuk bertemu anggota parti pemerintah yang digulingkan dalam lawatan masa depan, kata seorang pegawai kanan Kemboja hari ini.

Ikrar itu, yang dibuat dalam panggilan video 26 Januari dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, mewakili konsesi kecil dalam proses damai yang menemui jalan buntu sejak tentera Myanmar merampas kuasa setahun lalu daripada kerajaan yang dipilih oleh Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi.

Aung Hlaing tidak memberitahu ahli NLD mana yang boleh ditemui, kata Kao Kim Horn, seorang menteri di pejabat Hun Sen yang menjadi sebahagian daripada mesyuarat video itu.

"Semasa sidang video antara perdana menteri kami dan jeneral kanan Min Aung Hlaing, Mereka telah berkata akan memberikan akses kepada beberapa tokoh NLD, tetapi kami belum lagi siapa yang boleh ditemui," kata Kao Kim Hourn kepada Reuterss melalui telefon.

Jurucakap junta Myanmar tidak menjawab panggilan telefon untuk mendapatkan komen.

Myanmar berada dalam krisis sejak tentera merampas kuasa, dengan kira-kira 1,500 orang awam terbunuh dalam tindakan keras junta terhadap penentangnya, menurut angka yang dipetik oleh pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Membabitkan semua pihak dalam krisis Myanmar dalam dialog adalah tonggak utama proses damai ASEAN yang diterima pakai oleh blok 10 negara itu tahun lalu.

Antaranya ialah menamatkan keganasan dan mengalu-alukan utusan khas.

Kim Hourn mengakui bahawa utusan itu, Menteri Luar Negeri Kemboja Prak Sokhonn, tidak mungkin bertemu dengan Suu Kyi yang telah ditahan sejak rampasan kuasa dan menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah yang membawa hukuman penjara berjumlah hampir 150 dalam lawatan awalnya.

"Ideanya, matlamat adalah untuk bertemu dengan semua pihak berkepentingan yang relevan dan penting. Tetapi ia mungkin tidak sekali gus - ia mungkin memerlukan beberapa lawatan," kata Kim Hourn.

"Maka, sudah tentu sangat bagus jika Puan Suu Kyi disenaraikan."

Berpuluh-puluh ahli parti NLD telah ditahan sejak rampasan kuasa 1 Februari 2021.

Jurucakap kepimpinan NLD yang masih dalam buangan, Nay Phone Latt, berkata sebarang pertemuan dengan utusan ASEAN harus dipersetujui oleh parti itu.

Ikrar Min Aung Hlaing tidak mencukupi untuk Kemboja menjemput Myanmar ke perjumpaan menteri luar ASEAN minggu depan.

Kemboja, pengerusi ASEAN tahun ini, minggu lalu meminta Myanmar untuk menamakan wakil bukan politik, meneruskan pengecualian. - REUTERS

Berita Harian X