Selasa, 25 Januari 2022 | 8:59am
 Armada Pasifik AS masih menyiasat kejadian pesawat pejuang melakukan kesilapan ketika mendarat di atas kapal pengangkut USS Carl Vinson. FOTO AFP
Armada Pasifik AS masih menyiasat kejadian pesawat pejuang melakukan kesilapan ketika mendarat di atas kapal pengangkut USS Carl Vinson. FOTO AFP

7 cedera jet pejuang AS 'silap' mendarat

WASHINGTON: Tujuh tentera laut Amerika Syariakt (AS) cedera selepas pesawat pejuang melakukan kesilapan ketika mendarat di kapal pengangkut pesawat AS dekat di Laut China Selatan, semalam.

Armada Pasifik AS berkata, kemalangan berlaku apabila pesawat sebuah pesawat tempur F-35C cuba mendarat di USS Carl Vinson dalam operasi penerbangan rutin.

"Juruterbang pesawat itu berada dalam keadaan stabil selepas melonjak keluar dan diselamatkan helikopter.

"Tujuh anak kapal cedera, tiga daripadanya dibawa ke Manila, Filipina untuk rawatan tetapi keadaan mereka stabil. Empat lagi yang cedera dirawat di atas kapal," kata kenyataan itu.

Tiada butiran diberikan mengenai punca kejadian dan insiden masih dalam siasatan.

Vinson dan sebuah lagi kapal induk AS, USS Abraham Lincoln serta pasukan tempur memulakan latihan Laut China Selatan sejak Ahad lalu selepas tamat latihan bersama tentera laut Jepun di Laut Filipina minggu lalu. - AFP

Berita Harian X