Ahad, 23 Januari 2022 | 4:59pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Warga Britain maut, seorang lagi parah akibat serangan pisau di Thailand

BANGKOK: Seorang warga Britain berusia 49 tahun ditemui maut dengan kesan tikaman di rumahnya di barat Thailand dan seorang suspek warganegara itu berada dalam tahanan, kata polis hari ini.

Seorang lagi lelaki warga Britain berusia 55, cedera dan dirawat di hospital, kata polis di wilayah Kanchanaburi, sambil menambah bukti lanjut sedang dikumpul.

Menurut siasatan awal, polis berkata, seorang lelaki warga Thailand disyaki menyerang kedua-dua mangsa menggunakan sabit padi kerana minum dan bermain muzik dengan kuat.

Polis dan penyiasat forensik sedang mengumpul bukti, serta senjata di tempat kejadian, lapor rakaman rancangan PBS Thai.

Menurut laporan media, seorang saksi berkata, suspek dipercayai mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, selain polis sedang menyiasat perkara itu. - REUTERS

Berita Harian X