Sabtu, 24 Julai 2021 | 8:19pm
Gambar hiasan. - Foto AGENSI
Gambar hiasan. - Foto AGENSI

Thailand siasat 25 selebriti internet

BANGKOK: Lebih 25 selebriti internet Thailand disiasat atas dakwaan mengeluarkan kata-kata jelik, menghina dan fitnah terhadap usaha kerajaan menangani COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Piya Tawichai.

Bangkok Post melaporkan, polis kini sedang mengumpulkan bukti terhadap golongan berkenaan termasuk penyanyi dan bintang televisyen.

Menurut Tawichai, kebebasan bersuara adalah asas hak asasi manusia tetapi mereka perlu mengeluarkan pendapat dalam kerangka undang-undang.

Polis Nang Loeng minggu ini mengenakan denda 2,000 baht terhadap penyanyi rap, Danupa Khanatheerakul, kerana mengkritik pemerintah di akaun media sosialnya.

Dua lagi selebriti internet yang menghadapi tuduhan sama adalah pengarah filem terkenal, Yutthalert Sippaphak dan Miss Grand Thailand 2020, Patcharporn Chantharapradit. - AGENSI

Berita Harian X