Jumaat, 23 Julai 2021 | 1:30pm
Wabak COVID-19 varian Delta lebih mudah merebak dan membawa maut. - Foto AFP
Wabak COVID-19 varian Delta lebih mudah merebak dan membawa maut. - Foto AFP

Jangkitan tempatan babit varian Delta

MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina pada Khamis mengesahkan negara itu mula mengesan kes jangkitan tempatan membabitkan varian Delta.

"Hasil analisis filogenetik yang dilakukan Pusat Genom Filipina, Universiti Filipina dan Biro Epidemiologi Kementerian Kesihatan mendapati kini terdapat kes tempatan membabitkan varian Delta," kata agensi kesihatan dalam kenyataan.

Menurut Xinhua, Filipina mengesan 47 kes varian Delta di negara itu setakat ini, lapan kes aktif, manakala tiga pesakit meninggal dunia.

Filipina pertama kali mengesan varian Delta melalui sampel yang diambil daripada rakyatnya yang baru pulang dari luar negara. – BERNAMA

Berita Harian X