Sabtu, 13 Ogos 2022 | 8:09am
Klinik vaksinasi cacar monyet yang dikendalikan oleh pihak berkuasa kesihatan awam CIUSSS di Montreal. - Foto AGENSI
Klinik vaksinasi cacar monyet yang dikendalikan oleh pihak berkuasa kesihatan awam CIUSSS di Montreal. - Foto AGENSI

Kes cacar monyet di Kanada terkawal

OTTAWA: Ketua pegawai kesihatan awam Kanada, Theresa Tam tidak mengesahkan terdapat tanda-tanda awal penyebaran jangkitan cacar monyet mula perlahan di Kanada, tetapi 'terlalu awal untuk memberitahu' sama ada kes telah meningkat.

"Kes tidak meningkat pada kelajuan seawal wabak berlaku, namun kami akan terus memantau trend itu dalam beberapa minggu akan datang," katanya kepada pemberita.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), cacar monyet merebak melalui hubungan rapat dan cenderung menyebabkan simptom seperti selesema dan lepuh kulit yang dipenuhi nanah dan orang ramai secara amnya pulih daripadanya dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Penyakit bukan endemik itu dilaporkan berlaku di lebih daripada 80 negara dan bulan lalu, WHO mengisytiharkan ia sebagai 'kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa' dan berusaha untuk menyelaraskan tindak balas antarabangsa yang dan membuka kunci pembiayaan untuk bekerjasama dalam vaksin dan rawatan.

Kanada berkata, mereka kini berada dalam kedudukan yang baik untuk menangani wabak itu hasil vaksin tersimpan untuk cacar, yang berkait rapat dengan cacar monyet.

Sehingga semalam, sebanyak 99,000 dos vaksin Imvamune Bavarian Nordic diedarkan ke wilayah sekitar Kanada untuk mereka yang paling berisiko dijangkiti.

Sehingga Rabu lalu, Kanada merekodkan sebanyak 1,059 kes cacar monyet.

Agensi kesihatan awam menegaskan, walaupun di banyak negara wabak itu tertumpu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus melalui hubungan rapat yang berpanjangan atau daripada zarah pada barangan seperti tempat tidur atau tuala. - REUTERS

Berita Harian X