Ahad, 11 Julai 2021 | 6:48am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Kes jangkitan global 185.8 juta, 4.01 juta kematian

NEW YORK: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 185.8 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.8 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 30.75 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.96 juta kes manakala negara yang melebihi angka lima juta kes ialah Perancis, Turki, Russia dan United Kingdom.

Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi empat juta kes sejak virus itu mula dikesan awal tahun lalu.

Bagi rantau Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.45 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.45 juta.

Malaysia mencatat lebih 817,000 kes manakala Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 317,000 dan lebih 62,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.01 juta.

Ia berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 606,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 530,000 kes, India lebih 405,000 kes, Mexico lebih 234,000 kes.

Sementara United Kingdom, Russia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 80,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia masih kekal mencatatkan angka kematian tertinggi dengan melebihi 63,000 kes, manakala Filipina di lebih 25,000.

Malaysia lebih 6,000 kes kematian dan Thailand melebihi 2,000 kes. - AGENSI

Berita Harian X